Program Bubur Lambuk 1.0
30 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2019, pihak JKKK Kampung Sebandi Ulu telah mengadakan program memasak bubur lambuk anjuran pihak Saberkas-Bernas. Staff Pusat Internet telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Program ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. Program memasak bubur lambuk bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.
Penyerahan wang sagu hati dan sumbangan barangan makanan kepada golongan yang kurang mampu turut diadakan pada sebelah petangnya. Dengan adanya program seperti ini amatlah menggalakkan menjalin hubungan yang baik sesama komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: